CEO

My photo
hanya insan biasa. masih baru dalam dunia blog. peace! p/s: ini bukan blog masakan ataupun blog fesyen tetapi ini hanyalah blog peribadi penulis. hanya menceritakan tentang kisah hidup penulis dan juga sedikit perkara lain yang ingin dicoretkan di sini yang mungkin membosankan bagi anda, tetapi ia adalah sesuatu yang menarik buat saya .NOKTAH. (",)
biarkan kata-kata yang menghuraikan segala-galanya~

Friday, 23 December 2011

Heartstrings




Title : 넌 내게 반했어 / Neon Naege Banhaesseo
English title : Heartstrings 
Previously known as : 페스티벌
Festival  / 
You're Fallen For Me 
Genre : Romance, music
Episodes : 15
Broadcast network : MBC


Lee Shin adalah seorang pelajar universiti dalam jurusan muzik moden. Beliau juga merupakan vokalis dan pemain gitar untuk band "TheStupid".Seorang yang hensem menyebabkan dia ramai peminat. Pada mulanya suka kepada SooYoon Jung, yang seorang profesor tarian di universiti, tetapi hal ini mula berubah apabila dia bertemu Lee Gyu Won. Dia mula menyukai Gyu Won setelah banyak perkara yang berlaku di antara mereka berdua.

Lee Gyu Won adalah seseorang yang dilahirkan dalam keluarga yang berprestij dan pengkhususan dalam alat muzik tradisional Korea, terutamanya Gayageum. Datuk Gyu Won, Lee Dong Gun, adalah salah satu daripada 3 pemuzik tradisional dan hasrat beliau yang paling besar adalah untuk melihat cucunya menjadi orang yang berbakat dalam muzik tradisional. Cuba untuk hidup sehingga harapan datuknya, Gyu Won sentiasa melatih dirinya dalam bidang musik tradisional iaitu Gayageum. Gyu Won juga sebenarnya minat kepada Lee Shin apabila dia sentiasa melihat persembahan band "The Stupid" yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap Lee Shin.

Dalam cerita ini, mereka juga telah terlibat dalam persembahan sempena "The 100th Anniversary" yang diarahkan oleh Director Kim Suk Hyun. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang sesi latihan untuk persembahan. Persembahan ini pernah dibatal disebabkan oleh kepentingan sendiri oleh pihak yang lain. Tetapi, sebabkan semangat juang yang tinggi oleh mereka yang terlibat, mereka tekad untuk meneruskan persembahan ini walaupun tanpa sponsor. Keputusannya, persembahan mereka berjaya dijalankan dengan lancar.

bagi sayakan, drama ini ala-ala musikal drama-lah. sebab ada banyak lagu dan lagu-lagunya semua best. apepon memang awesome dan anda patut tengok cerita ini.

macam biasa,kalau korang nak downloud cerita ini, korang boleh downloud DISINI.



Heartstrings


...End..

No comments:

Post a Comment