CEO

My photo
hanya insan biasa. masih baru dalam dunia blog. peace! p/s: ini bukan blog masakan ataupun blog fesyen tetapi ini hanyalah blog peribadi penulis. hanya menceritakan tentang kisah hidup penulis dan juga sedikit perkara lain yang ingin dicoretkan di sini yang mungkin membosankan bagi anda, tetapi ia adalah sesuatu yang menarik buat saya .NOKTAH. (",)
biarkan kata-kata yang menghuraikan segala-galanya~

Wednesday, 21 December 2011

city hunter


city hunter

Title: 시티헌터 / Sitihunteo / City Hunter
Genre: Action, suspense, romance
Episodes: 20
Broadcast network: SBS

sebenarnya, cerita di adaptasikan dari novel Jepun yang juga bertajuk 'city hunter'. Tetapi latar novel itu adalah pada tahun 1980 di Tokyo tetapi apabila dijadikan drama korea, sudah semestinya latarnya berubah iaitu pada tahun 2011 bertempat di Seoul. selain Seoul, Thailand juga adalah salah satu daripada latar tempatnya.

watak utama: Park Min Young dan Lee Min Ho

gandingan yang sesuai. kisah diorang dalam cerita memang menarik juga. seperti pasangan bercinta yang lain, semua kisah cinta pasti ada pasang surutnya. begitu juga dengan diorang ini. banyak halangannya desebabkan oleh si lelaki ini adalah city hunter. jadi dia perlu buat begitu untuk selamatkan perempuan ini daripada diapa-apakan. kalu nak tahu kisah diorang, kenalah tengok cerita ini.


saat yang mendebarkan. serun nak tengok

muka yang penuh dengan darah. Kalau yang jenis lemah semangat, mesti tak boleh tengok part-part yang menyerunkan ini. memang terasa jantung terhenti je semasa kepala lelaki kat atas ini kena pukul dengan besi. lagi-lagi dengan sound effect yang membuatkan situasi nampak macam real je. hish. mendebarkan je. kalau nak tengok part tangan Lee Min Ho macam nak tercabut tu, silalah tengo drama ini ye. hehe.. kalau tengok sendiri, baru boleh rasa kedebaranya. hehe


anak presiden

selain itu, apa yang saya rasa menarik pasal cerita ini ini watak anak perempuan presiden iaitu Choi Da Hye yang dilakonkan oleh Goo Ha Ra , ahli kumpulan Kara. Perwatakan anak presiden ini sangatlah kelakar bagi saya. Dalam cerita ini, Da Hye ini boleh dikatakan seorang yang lemah sangat dalam pelajaran dan pernah ulang belajar. hehe..

perwatakan dia yang sukar dikawal juga telah menyebabkan ramai bodyguard tak tahan dengan dia dan sanggup berhenti daripada menjadi bodyguard kepada anak presiden ini. Tetapi ada dua bodyguard yang boleh tahan dengan anak presiden ini, iaitu Kim Na Na (Park Min Young) dengan Shin Eun Ah (Yang Jin Sung).


walaupun cerita ini cerita aksi, sebenarnya cerita ini mengandungi banyak mesej yang berguna buat kita. Antaranya tentang hubungan anak dengan ibu yang tidak akan terputus. Dalam cerita ini, Lee Yoon Sung (Lee Min Ho) sangat benci akan ibunya pada mulanya kerana dia menganggap ibunya sengaja meninggalkan dia
ketika dia masih kecil.

Tetapi, walaupun dia berasa benci, dia masih ada sedikit rasa sayang terhadap ibu dia. buktinya, dia pergi ke kedai ibu dia untuk tengok keadaan ibu dia. Dan selepas dia tahu perkara yang sebenarnya, dia sanggup untuk berkorban untuk ibunya seperti berani utnuk buat ujian darah walaupun perkara ini mungkin akan menyebabkan identitinya sebagai city hunter akan terbongkar.

apepon, cerita ini memang awesome dan anda patut tengok cerita ini.
anda boleh download cerita ini di sini.

...

No comments:

Post a Comment