siapa pernah nampak lelaki merajuk dengan perempuan.
well, kebiasaanya kita tahu bahawa kadang-kadang sesetengah lelaki EGOnya tinggi menggunung. ya, tinggi macam gunung Everest.
Jarang tunjukkan kelemahan mereka seperti terasa hati dan merajuk ataupun benda-benda yang sewaktu dengannya. mereka lebih suka tonjolkan bahawa diri dia ini adalah seorang yang bagus, kuat dan tidak lemah di mata orang lain.. (sesetengah sahaja, bukan semua okey...)
dan saya pernah melihat situasi bahawa lelaki itu seakan-akan merajuk. ye, betul MERAJUK.. lebih kurang macam tu lah..
okey, sambung cerita. Ada seorang perempuan ni, dia sudah ada kekasih tetapi masih lagi melayan lelaki lain. maksud saya dia bukan curang tetapi cuma memberikan harapan palsu kepada lelaki itu. adakah dia tidak sedar bahawa lelaki itu suka pada dia atau dia buat-buat tak tahu. atau mungkin dia mahu mengambil kesempatan terhadap kebaikan lelaki itu?
dan apabila lelaki itu mengetahui bahawa si perempuan ini sudah berpunya maka, si lelaki ini terasa tertipu dan dipermainkana oleh perempuan ini. tercalar egonya. buat pengetahuan anda,sebelum ini, lelaki ini sudah ada perasaannya ditolak oleh orang lain. dan apabila kali keseterusnya perasaannyaditolah jyga , maka dia pun naik marah kerana terasa tertipu. yelah, asyik kene reject je.. maka, lelaki itu pun mengambil keputusan untuk tidak melayan lagi perempuan itu seperti tidak bercakap/tegur perempuan itu lagi.
apabila perempuan itu mengesan perubahan mendadak lelaki itu, maka dia pun berasa bersalah dan bercerita kepada kawannya. dan berdasarkan cerita itu, bahawa dia macam menyatakan bahawa dia tidak salah tetapi lelaki itu yang salah kerana lelaki itulah yang berbuat baik kepada dia sedangkan dia sudah berpunya. mungkin lelaki itu dia tidak tahu bahawa dia sudah berpunya.
saya rasa, perempuan itu tidak patut buat macam tu kat lelaki itu. sudah tahu diri sendiri sudah berpunya, masih lagi memberikan harapan palsu buat lelaki lain. alasannya, dia tidak mengetahui bahawa lelaki itu suka padanya. uh~ kata sudah berpunya, takkan tak tahu macam mana nak tahu seseorang lelaki suka pada perempuan. sedangkan orang yang tak pernah bercinta pon tahu apabila seseorang lelaki itu suka padanya.
jadi, salah siapakah?
si lelaki
si perempuan
ataupun
kedua-duanya?

No comments:
Post a Comment