Cerita ini berlaku pada tiga puluh haribulan lapan yang lalu. sehari sebelum ulangtahun kemerdekaan negara ke-54. Ini bermakna pada hari raya aidilfitri pertama. ya.. lebih kurang sebulan yang lalu. (-.-)" haish~
ketika di hari kejadian (memang dah sedia maklum, pagi raya kan?)
saya dan keluarga pergi solat sunat raya. ketika dalam perjalanan ke masjid, kitorang telah melalui satu buah masjid yang lain. dan, tika itu, mata saya ini ternampak satu kejadian yang menarik perhatian saya. (terlihat okey, takkan nak tutup je mata sepanjang perjalanan kan?) tetapi, di mata/pandangan orang lain mungkin ia situasi yang tidak menarik. atau dalam erti kata lain, membosankan. tetapi, pada saya ia sesuatu yang saya ingin coretkan di sini.
erk.. tertiba je. (-.-)"
surf baju melayu, then terkeluar TVXQ pakai baju melayu.
pandai pulak orang tu edit ye.. hehe
pagi itu, saya ternampak 3 beradik. seorang lelaki. lebih tepat lagi seorang remaja lelaki dengan dengan dua orang adiknya yang masing-masing dalam lingkungan umur 14-18 tahun dan 4-10 tahun (oh, saya memang tidak pandai nak agak umur orang lain) mereka mungkin abang dan adik-adiknya.
okey, kita sambung balik cerita.. masa itu, saya ternampak si abang sedang memakai sampin dengan bantuan adiknya di hadapan pagar masjid berkenaan. (chewah, kemain lagi ayat..)
dan entah kenapa, saya rasa sweet sangat bila tengok situasi tu. yelah, segak berbaju melayu dengan sampin lagi. lagi-lagi diorang nampak macam adik-beradik yang rapat dan penyayang . buktinya, adik dia tolong dia pakai sampin.hehe.. satu lagi, dahlah warna baju melayu yang diorang pakai tu warna yang lembut . maka, orang yang melihatnya pun rasa tenang dan tersenyum.. hehe~
psst: sudah-sudahlah nak berjiwang lagi.. tak sesuai dengan diri sendiri. mahu kena gelak setahun dengan kawan jikalau diorang baca apa yang saya tulis. (mujur diorang tak tahu kewujudan blog ni. hehe, fuhh,selamat..)


No comments:
Post a Comment