CEO

My photo
hanya insan biasa. masih baru dalam dunia blog. peace! p/s: ini bukan blog masakan ataupun blog fesyen tetapi ini hanyalah blog peribadi penulis. hanya menceritakan tentang kisah hidup penulis dan juga sedikit perkara lain yang ingin dicoretkan di sini yang mungkin membosankan bagi anda, tetapi ia adalah sesuatu yang menarik buat saya .NOKTAH. (",)
biarkan kata-kata yang menghuraikan segala-galanya~

Tuesday, 23 August 2011

assalamualaikum..

berani kerana benar, takut kerana salah


satu soalan.

pernah rasa dianiayai oleh seseorang yang kita layan dia dengan baik masa dia perlu tapi last-last dia buat kita macam sampah.

dia suka mengarah dan nak orang ikut apa yang dia cakap. dia juga rasa yang dialah yang terbaik dalam kalangan kami, dan lepas tu dia suka memperlekehkan salah seorang kawan saya. selalu. dan saya juga pernah terkena.

kami memang tak tahan dengan sikap dia. kami layan dia dengan baik bila dia bergaduh dan putus kawan dengan kawan lama dia dan lepas dia putus kawan, dia tiada nak ambil inisiatif nak berbaik malahan mengata dengan lebih teruk ke kawan lama dia tu. lepas dia tiada kawan rapat, dia baru nak rapat dengan geng kami. (selama ni dia tak kisah pon dengan kami ni).

masa mula-mula dia selalu dengan kami, kami okey je sebab kitorang rasa mungkin dia tak akan buat perkara yang sama seperti dulu. tapi lama kelamaan sikap dia tu datang lagi. suka sangat pandang rendah kat orang lain. suka reka cerita dan putar belit cerita. kat sana cerita lain, kat sini pula cerita lain. saya tak faham lah dengan dia ni. kenapa nak buat macam ni. rasanya kami tak ada buat apa-apa yang meyakitkan hati dia pun sampaikan dia buat macam ni kat kami.

dulu kelas kami aman je tetapi, sejak ada dia semuanya hura-hara. dulu tak ada pon yang bergaduh sehingga tak bertegur sapa setahun. dan , puncanya ada yang dikalangan kami yang bergaduh pun adalah sebab dia. tetapi alhamdulillah, yang pernah bergaduh dulu pun dah berbaik cuma dia je yang tak sebab dia yang tak mahu dan sampai sekarang dia tak pernah minta maaf.

tak tahu apa yang nak jadi lepas ni. harap dia sedar dan berubah. Dan juga berharap agar orang yang tak tahu lagi pasal sikap dia dan tak pernah terkena lagi macam kami dan akwan lama dia akan sedar tentang diri sebenar dia. harap kami semua akan aman selepas ni. itu sahaja..